Waktu Solat

Friday, February 4, 2011

FLYERS SUDAH SIAP DAN AKAN DIEDARKAN

Alhamdulillah...
Walaupun agak lewat menghantar file ke Encik Saiful untuk printing (Hari Isnin) sebab hari Selasa dah cuti Hari Wilayah dan Khamis start cuti untuk Tahun Baru Cina, akhirnya flyers kami siap juga pada petang hari Selasa keesokannya. Mujur kerana Hari Wilayah tidak disambut di Selangor agaknya... apapun kredit buat En Anissofian (Mutiara Print) yang seperti biasa sanggup menghantar bahan promosi itu berdekatan rumah. Agak selesa sedikit lokasi nya.
   Urm.. cuma kualiti output untuk flyers ini tidak 100% menepati kehendak atau senang cerita- sama dengan apa yg kami beri dalam thumbdrive. Imej agak kabur sedikit. Mungkin kerana 'urgent' jadi isu macam ni. Apapun, masih kira baik lagi dari tiada langsung. Syukur alhamdulillah. Lepas ini mungkin juga sebagai peringatan, bahan bercetak perlu masa untuk dijaga kualiti nya
   Lepas cuti Tahun Baru Cina ini, insyAllah marketing akan kembali gerak pada paksi nya. Tiada alasan lain lagi jika berlaku kelewatan yang mendatang. Harap segala nya berjalan dengan lancar.

Sunday, January 30, 2011

DI GARISAN PERMULAAN...


Apabila 3 kotak yang mengandungi beribu keping penanda buku sampai di Sunway Batu Caves, kepuasan mula menjelma. Terima kasih pada Encik Anis yang sanggup menghantar sehingga ke rumah yang dijadikan pejabat/ SOHO (Small Office Home Office) buat sementara waktu ini. Ternyata penat lelah kami berbaloi. Kepuasan yang datang bukan kerana memikirkan keuntungan hari esok tetapi pada kelahiran produk sendiri. Alhamdulillah. Syukur pada Allah yang Maha Esa.
   Keesokkan hari nya kami terus mencari bahan sampingan untuk melengkap kan penanda buku ini. Mengunjungi kedai- kedai bunga dan alatan perkahwinan menjadi satu kemestian pada waktu itu juga. Mencari jenis tali pengikat yang sesuai untuk siri 'Getting To Know Series- PET' ini. Keluar masuk dari satu kedai ke satu kedai bagi membanding harga yang ditawarkan. Akhirnya, kami sepakat untuk membeli tali jenis 'nylon' yang agak tebal dan mempunyai 5 warna mengikut 5 jenis haiwan yang di paparkan.
   Kemudian kami mencari pula plastik khas yang sesuai dengan saiz penanda buku. Agak sukar kerana kebanyakan kedai borong tidak dapat menyediakan saiz yang diperlukan. Ada yang terlebih lebar dan ada juga yang tidak muat langsung. Berkat kesabaran, setelah hampir 3 hari mencari, Encik Eddy dari ZNgah Enterprise berjaya membantu kami mendapatkan plastik yang amat sesuai walaupun harga nya agak tinggi berikutan kualiti OPP (tebal dan berpelekat). Apapun, dengan KUALITI yang memang menjadi keutamaan, harga nya tidaklah menjadi satu bebanan pada kami...

FLYERS UNTUK PROMOSI PRODUK SULUNG PENANDA BUKU


Seperti biasa, setiap produk baru di pasaran memerlukan bahan sokongan bagi tujuan 'strategi pemasaran'. Ada yang menggunakan kaedah poster, banner, periklanan melalui risalah dan sebagainya. Bagi yang mempunyai Modal yang agak Besar, langkah mengiklankan produk di media cetak atau elektronik menjadi satu kemestian dalam tujuan pemasaran.
   Kami turut sama memikirkan jalan terbaik didalam memasarkan produk pertama ini. Dibantu oleh Encik Che Saiful Baharil dari Islife Resources bersama rakan di bahagian percetakan, Encik Anissofian dari Mutiara Print And Trading, kami mencetak flyers bersaiz A5 untuk diagihkan kepada pengedar- pengedar bebas serta sekolah-sekolah yang terpilih buat masa ini. InsyaAllah, dengan ada nya 'bahan promosi' tersebut diharap ianya dapat melancarkan perjalanan promosi penanda buku kami.

'GETTING TO KNOW SERIES'


Sebagai 'produk sulung' Jemari Kreatif, kami berhabisan bagi memberikan yang terbaik pada semua. Berhabisan bukan saja pada idea, tetapi meliputi keseluruhan produk. Kualiti dari penggunaan material kad- Matte/ Gloss 300gm, tali nylon sehingga lah ke OPP plastic (jenis plastik tebal dan berpelekat). Kualiti menjadi JAMINAN kami berbanding pada kuantiti pengeluaran setiap siri.
   Untuk projek pertama ini, kami memilih siri Kenali Haiwan Peliharaan yang popular sebagai pengenalan. Kucing, anjing, arnab, cicak tokek dan tikus belanda menjadi subjek penanda buku pertama kami. Haiwan yang begitu sinonim pada kacamata manusia ini di terjemahkan di atas kad bersaiz 2x6 inci dengan FAKTA asas tabiat dan habitat masing-masing. Rekaan grafik yang berwarna warni dengan lay-out yang menarik menjadi keutamaan setiap produk keluaran kami.
   Bagi melengkapkan kerja kreatif pada penanda buku ini, Kalendar 2011 di letakkan di bahagian belakang setiap jenis haiwan. Ini kerana, sasaran penjualan penanda buku ini bermula pada bulan Januari 2011 hingga Mac 2011. Dalam tempoh 3 bulan pertama (setiap awal tahun), kami mensasarkan setiap penanda buku mengandungi kalendar bagi setiap tahun. Dan pada siri- siri lain dalam tahun yang sama juga, sifir/ darab pula menjadi paparan belakang setiap keluaran.

'Getting to know series'- PET kini berada di pasaran dan insyAllah dalam bulan Februari ini pihak kami akan memasuki sekolah-sekolah sekitar lembah klang bagi mempromosikan produk penanda buku disamping menggalakkan para pelajar atau murid-murid mengenali dengan lebih dekat haiwan peliharaan masing-masing. Sambil itu juga, pihak kami berlapang dada menyumbang kepada tabung sekolah atau Pibg yang terbabit sebagai galakan yang berterusan bagi kedua-dua belah pihak. Kerana bagi kami... "Ilmu lebih bermakna jika ianya dikongsikan bersama"



APA ITU PENANDA BUKU DAN KENAPA IANYA MENJADI TERAS PERNIAGAAN KAMI?

Apa itu Penanda Buku/ bookmark?

Penanda Buku- Sekeping kertas atau kad kecil yang lazim nya digunakan sebagai 'penunjuk' arah di mana kita berhenti membaca ketika itu dan juga 'penunjuk' arah di mana kita patut menyambungnya nanti.
   Bunyi nya tidak begitu penting pada semua orang TETAPI amat berguna pada mereka yang gemar membaca. Selalu nya pada penggemar buku tak kira apa genre sekali pun; Perniagaan, Motivasi, Agama, Pengetahuan Am dan Novel. Amat berfungsi pada mereka yang cinta kan BUKU dan terlalu sayang untuk melipat helaian mukasurat. Dalam ertikata lain, Penanda buku memudah cara pada Pembaca!


Kenapa Penanda Buku?

Secara peribadi, kami di Jemari Kreatif melihat serta memantau 'pemasaran' bahan kreatif yang sedia ada di pasaran. Ini termasuk penerbitan buku/ majalah kanak-kanak, poster- poster berbentuk pendidikan, flash kad, stickers dan segala yang berkaitan dengan kerja kreatif termasuk penanda buku.
   Dan dari pengamatan kami, produk Penanda Buku amat kurang di usaha kan oleh syarikat bumiputera. Kebanyakan penanda buku di pasaran hari ini datangnya dari negara jiran dan jika ada pun syarikat tempatan ianya hanya dimonopoli oleh bukan bumiputera.
   Justeru, dengan keyakinan dan prinsip 'INGIN MENJADI PELOPOR' kami di Jemari Kreatif memulakan langkah dengan mengeluarkan produk pertama penanda buku berasaskan ilmu pengetahuan-'Getting To Know Series' yang sudah siap dicetak pada 26 Disember 2010. Sasaran kami mudah, kanak-kanak serta pelajar sekolah di Malaysia.
   Kerana dari perspektif lain, apa yang kami lihat dari pemantauan semasa, ada juga yang membeli penanda buku untuk dijadikan koleksi peribadi (kerana minat pada corak, rekabentuk) dan ada juga yang membelinya untuk di jadikan cenderamata (lokasi/ tempat semasa percutian, nama dan makna, bintang zodiak dan ada juga memilih kerana kata-kata indah pada isi nya). Terlalu subjektif untuk diklasifikasikan kerana jawapan nya ada pada sebab masing- masing.

   Dengan modal serta volume yang sederhana, risiko pada kerugian agak kecil menyebabkan kami berani juga mengeluarkan produk Penanda Buku sebagai TERAS perniagaan Jemari Kreatif. Kerana yang penting PRINSIP-  'Ilmu' yang divisualkan walau pada sekeping kad kecil sampai pada masyarakat disamping keinginan untuk menjadi PELOPOR PENANDA BUKU di Malaysia satu hari nanti.