Waktu Solat

Sunday, January 30, 2011

APA ITU PENANDA BUKU DAN KENAPA IANYA MENJADI TERAS PERNIAGAAN KAMI?

Apa itu Penanda Buku/ bookmark?

Penanda Buku- Sekeping kertas atau kad kecil yang lazim nya digunakan sebagai 'penunjuk' arah di mana kita berhenti membaca ketika itu dan juga 'penunjuk' arah di mana kita patut menyambungnya nanti.
   Bunyi nya tidak begitu penting pada semua orang TETAPI amat berguna pada mereka yang gemar membaca. Selalu nya pada penggemar buku tak kira apa genre sekali pun; Perniagaan, Motivasi, Agama, Pengetahuan Am dan Novel. Amat berfungsi pada mereka yang cinta kan BUKU dan terlalu sayang untuk melipat helaian mukasurat. Dalam ertikata lain, Penanda buku memudah cara pada Pembaca!


Kenapa Penanda Buku?

Secara peribadi, kami di Jemari Kreatif melihat serta memantau 'pemasaran' bahan kreatif yang sedia ada di pasaran. Ini termasuk penerbitan buku/ majalah kanak-kanak, poster- poster berbentuk pendidikan, flash kad, stickers dan segala yang berkaitan dengan kerja kreatif termasuk penanda buku.
   Dan dari pengamatan kami, produk Penanda Buku amat kurang di usaha kan oleh syarikat bumiputera. Kebanyakan penanda buku di pasaran hari ini datangnya dari negara jiran dan jika ada pun syarikat tempatan ianya hanya dimonopoli oleh bukan bumiputera.
   Justeru, dengan keyakinan dan prinsip 'INGIN MENJADI PELOPOR' kami di Jemari Kreatif memulakan langkah dengan mengeluarkan produk pertama penanda buku berasaskan ilmu pengetahuan-'Getting To Know Series' yang sudah siap dicetak pada 26 Disember 2010. Sasaran kami mudah, kanak-kanak serta pelajar sekolah di Malaysia.
   Kerana dari perspektif lain, apa yang kami lihat dari pemantauan semasa, ada juga yang membeli penanda buku untuk dijadikan koleksi peribadi (kerana minat pada corak, rekabentuk) dan ada juga yang membelinya untuk di jadikan cenderamata (lokasi/ tempat semasa percutian, nama dan makna, bintang zodiak dan ada juga memilih kerana kata-kata indah pada isi nya). Terlalu subjektif untuk diklasifikasikan kerana jawapan nya ada pada sebab masing- masing.

   Dengan modal serta volume yang sederhana, risiko pada kerugian agak kecil menyebabkan kami berani juga mengeluarkan produk Penanda Buku sebagai TERAS perniagaan Jemari Kreatif. Kerana yang penting PRINSIP-  'Ilmu' yang divisualkan walau pada sekeping kad kecil sampai pada masyarakat disamping keinginan untuk menjadi PELOPOR PENANDA BUKU di Malaysia satu hari nanti. 

No comments:

Post a Comment