Waktu Solat

Sunday, January 30, 2011

DI GARISAN PERMULAAN...


Apabila 3 kotak yang mengandungi beribu keping penanda buku sampai di Sunway Batu Caves, kepuasan mula menjelma. Terima kasih pada Encik Anis yang sanggup menghantar sehingga ke rumah yang dijadikan pejabat/ SOHO (Small Office Home Office) buat sementara waktu ini. Ternyata penat lelah kami berbaloi. Kepuasan yang datang bukan kerana memikirkan keuntungan hari esok tetapi pada kelahiran produk sendiri. Alhamdulillah. Syukur pada Allah yang Maha Esa.
   Keesokkan hari nya kami terus mencari bahan sampingan untuk melengkap kan penanda buku ini. Mengunjungi kedai- kedai bunga dan alatan perkahwinan menjadi satu kemestian pada waktu itu juga. Mencari jenis tali pengikat yang sesuai untuk siri 'Getting To Know Series- PET' ini. Keluar masuk dari satu kedai ke satu kedai bagi membanding harga yang ditawarkan. Akhirnya, kami sepakat untuk membeli tali jenis 'nylon' yang agak tebal dan mempunyai 5 warna mengikut 5 jenis haiwan yang di paparkan.
   Kemudian kami mencari pula plastik khas yang sesuai dengan saiz penanda buku. Agak sukar kerana kebanyakan kedai borong tidak dapat menyediakan saiz yang diperlukan. Ada yang terlebih lebar dan ada juga yang tidak muat langsung. Berkat kesabaran, setelah hampir 3 hari mencari, Encik Eddy dari ZNgah Enterprise berjaya membantu kami mendapatkan plastik yang amat sesuai walaupun harga nya agak tinggi berikutan kualiti OPP (tebal dan berpelekat). Apapun, dengan KUALITI yang memang menjadi keutamaan, harga nya tidaklah menjadi satu bebanan pada kami...

1 comment:

  1. boleh bagi number encik eddy, mungkin dia boleh tolong saya ? kalau tak keberatan :)

    ReplyDelete